BUKIT MERTAJAM: Harga sayur-sayuran dijangka stabil dalam tempoh satu hingga dua bulan lagi berikutan pelbagai usaha yang dijalankan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).
Pengerusi FAMA Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh berkata sebelum ini, berlaku kenaikan harga sayur-sayuran berikutan beberapa faktor antaranya masalah pengangkutan dari negara pengeluar, banjir dan cuaca yang tidak menentu di kawasan penanaman sehingga menyebabkan bekalan berkurangan.
"Sekarang, kami (FAMA bersama MAFI) mengambil pelbagai usaha bagi menstabilkan harga sayur-sayuran dan dalam masa satu hingga dua bulan lagi kemungkinan ia akan terus turun...seterusnya pengguna mendapat bekalan dengan harga berpatutan dan mereka tidak terbeban.
"Ketika ini, rata-rata petani khususnya penanam sayur yang terjejas akibat banjir dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) gara-gara COVID-19 telah memulakan semula projek tanaman mereka yang rosak atau tergendala sebelum ini. Pada masa yang sama, isu pengangkutan termasuk dari luar negara yang bermasalah juga kini berjaya dikawal secara berperingkat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas mengadakan lawatan di Kompleks Pengedaran FAMA Bukit Mertajam sebagai hab pengedaran dan pembungkusan berteknologi tinggi di Pulau Pinang.
Sementara itu, Mohd Fasiah berkata FAMA menerusi anak syarikatnya, FAMA Corporation Sdn Bhd (FAMACorp) dijangka memperluaskan lagi aktiviti perniagaannya dengan meneroka beberapa cabang perniagaan yang lebih mencabar pada tahun ini bagi membantu lebih ramai usahawan mengembangkan dan menjana ekonomi.
Katanya, ia termasuklah memanfaatkan sepenuhnya ruang-ruang yang terdapat di kompleks pengedaran atau pusat operasi termasuk di Bukit Mertajam iaitu dengan mewujudkan kemudahan bilik sejuk dan Pusat Teknologi Pembungkusan Retort menerusi peruntukan sebanyak RM1.5 juta.
"Dengan adanya kemudahan itu, ia dapat membantu usahawan tempatan yang mempunyai akses pasaran eksport selain meningkatkan mutu pembungkusan dan pemprosesan aseptik yang diperbuat daripada pelbagai lapisan laminat yang fleksibel," katanya.
Beliau berkata teknologi pembungkusan retort juga membenarkan pensterilan pelbagai jenis produk makanan dan minuman serta mampu meningkatkan kualiti dan jangka hayat produk.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 10 2022
Sebelum ini, berlaku kenaikan harga sayur-sayuran berikutan beberapa faktor antaranya masalah pengangkutan dari negara pengeluar, banjir dan cuaca yang tidak menentu.- Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Kontroversi penganjuran pesta hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Pilihan raya Iran ditetapkan pada 28 Jun
Ketua-ketua cabang kuasa Iran telah memutuskan 28 Jun sebagai tarikh untuk memilih Presiden baharu.
Melahirkan lebih ramai pencipta nilai Bumiputera
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkongsi pandangan beliau berkenaan hala tuju
Ziyad Zolkefli, Latif Romly sah layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024
Antara atlet lain adalah atlet lompat jauh, Datuk Abdul Latif Romly, dan atlet para berbasikal, Muhamad Yusof Hafizi Shaharuddin.
Jualan kenderaan baharu meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas, demikian menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Analisis perdagangan: Imbangan dagangan menurun, jumlah dagangan meningkat
Jumlah dagangan menunjukkan peningkatan 12.1 peratus daripada RM197.8 bilion pada tahun sebelumnya kepada RM221.7 bilion dipacu oleh kenaikan import 15.6 peratus, mencecah RM107.0 bilion dan eksport 9.1 peratus, mencecah RM114.7 bilion. Bagaimana ini mencerminkan kesihatan ekonomi semasa?
Kupasan bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS),
Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff.
Kupasan bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS),
Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff.
Malaysia sebagai pintu masuk syarikat Sweden - Duta
Malaysia terus menarik syarikat Sweden kerana kestabilan politik negara, taraf hidup yang baik dan penguasaan bahasa Inggeris meluas.
Malaysia Masters 2024 buka gelanggang, pemain negara optimis buat yang terbaik
Gelanggang kejohanan Badminton Malaysia Masters 2024 membuka tirainya hari ini hingga 26 Mei ini di Axiata Arena, Kuala Lumpur.
KPDN belum terima laporan harga sayur susulan banjir - Salahuddin
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) belum menerima sebarang laporan mengenai kenaikan harga sayur-sayuran susulan kemungkinan bekalan terjejas akibat banjir.
Harga sayur di Melaka meningkat 10 hingga 20 peratus
KPDN Melaka mengesahkan berlaku kenaikan harga sayur antara 10 hingga 20 peratus di negeri itu ekoran hujan.
Sayur di P.Pinang lebih murah ketika Ramadan berbanding Mac, Februari
KPDNHEP Pulau Pinang menafikan beberapa harga sayur meningkat ketika Ramadan ini seperti didakwa Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).
FAMA jangka harga sayur-sayuran stabil satu hingga dua bulan lagi
Harga sayur-sayuran dijangka stabil dalam tempoh satu hingga dua bulan lagi berikutan pelbagai usaha yang dijalankan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
Harga barangan keperluan harian dijangka stabil menjelang Januari
KPDNHEP menjangkakan harga barangan keperluan harian, akan kembali stabil sepenuhnya menjelang bulan Januari depan.
MAFI jamin harga barang keperluan asas kembali pulih dalam tempoh terdekat
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memberi jaminan harga barangan keperluan asas akan kembali pulih dalam tempoh satu atau dua minggu lagi.
Kenaikan harga bekalan dipercayai berpunca daripada orang tengah - Exco Melaka
Kenaikan harga bekalan makanan seperti sayur-sayuran dan ayam di Melaka dipercayai berpunca daripada orang tengah yang membekalkan barangan berkenaan kepada peniaga pada harga tinggi.
Kenaikan harga sayur sehingga 100 peratus, namun dijangka bersifat sementara - KPDNHEP P. Pinang
KPDNHEP Pulau Pinang mengesan kenaikan harga sayuran sehingga seratus peratus pada minggu kelima November.
Harga sayur naik 200 peratus tidak berlaku - KPDNHEP
Hasil siasatan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati harga sayur dikatakan meningkat hingga 200 peratus tidak berlaku.
Faktor cuaca, hujan tidak menentu punca kenaikan harga sayur di P. Pinang - KPDNHEP
Faktor cuaca serta hujan tidak menentukan menjadi punca berlakunya kenaikan harga sayur-sayuran di Pulau Pinang sejak dua minggu lalu.